BARA












Sering ku tertanya saat sepi menyuluh rasa

Mengapa masih ku merelakan diri ini terseksa

Membenarkan harapan yang kian menyala

Terang bagai tiada lagi gelap yang menyapa 


Sedang kelemahan ku kau jadikan arang 

Untuk dibakar sebagai peluang

Hingga bahangnya membuka ruang

Agar maraknya alasan untuk aku dibuang 


Kini tidak mahu lagi aku meluah

Mengarang bagai tiada arah

Jika yang ku terima hanya ludah

Lebih baik aku menyerah 


Mungkin sudah tiba masanya 

untuk bara ini aku matikan 


Lupus bersama angin yang menghembus

Hapus bersama debu yang mengambus 


Moga suatu hari nanti ada sinar yang lebih cerah

Cerahnya mampu menjadi yang terindah

Indahnya bukan lagi sekadar menyinggah

Comments

Popular posts from this blog

PENDAM

BARAH

RINDU