BARAH


Barah yang hadir menjengak

Lelah yang halus mengasak

Tanpa sedar mengatur corak

Tanpa duga hancur membiak 


Perlahan lahan ia berakar

Tegar tular rakus menjalar 


Gerak geri seakan tersekat

Rongga nadi kelam tersiat 


Meski rambut mu kian berguguran

Tubuh lemah menanggung kesakitan

Tetap gagah menentang segala cengkaman 


Meski beribu tangisan yang kau sembunyikan

Pahit sengsara derita yang terpaksa kau telan

Tetap sebuah senyuman yang kau pamerkan 


Sungguh kau insan hebat yang diuji tuhan

Tetaplah berdiri dengan segunung harapan 


Andai terasa mahu rebah berjuang

Yakinlah masih ada ruang dan peluang 


Semoga terus kuat jalani takdir

Percayalah seksa ini akan berakhir

Comments

Popular posts from this blog

PENDAM

RINDU