PENDAM




Bumi terus berputar
Sedang aku terus tercalar

Pagi bagai tiada erti
Hidup bagai dibuai mimpi
Malam suram ditikam sepi
Mati dicincang pedihnya realiti

Kayuhan demi kayuhan aku lakukan
Panahan demi panahan aku rasakan

Dalam diam aku pendam
Pahit manis aku telan
Dalam sakit aku genggam
Susah senang aku jalan

Yang dulunya gah disanjung
Diangkat setinggi gunung
Kini tidak lagi dipandang
Apalagi diberi peluang

Semakin dalam aku selam
Semakin sesak aku diterkam

Kerah selagi mampu
Rebah bukan yang aku mahu

Hanya tangisan menjadi peneman
Hingga hilang segala taruhan
Hanya persoalan menjadi keluhan
Hingga terbang segala harapan

Biarkan aku disini
Membalut luka sendiri
Berpaut pada takdir ilahi
Sampai waktunya untuk kembali

 

Comments

Popular posts from this blog

BARAH

RINDU