Bumi terus berputar Sedang aku terus tercalar Pagi bagai tiada erti Hidup bagai dibuai mimpi Malam suram ditikam sepi Mati dicincang pedihnya realiti Kayuhan demi kayuhan aku lakukan Panahan demi panahan aku rasakan Dalam diam aku pendam Pahit manis aku telan Dalam sakit aku genggam Susah senang aku jalan Yang dulunya gah disanjung Diangkat setinggi gunung Kini tidak lagi dipandang Apalagi diberi peluang Semakin dalam aku selam Semakin sesak aku diterkam Kerah selagi mampu Rebah bukan yang aku mahu Hanya tangisan menjadi peneman Hingga hilang segala taruhan Hanya persoalan menjadi keluhan Hingga terbang segala harapan Biarkan aku disini Membalut luka sendiri Berpaut pada takdir ilahi Sampai waktunya untuk kembali
Barah yang hadir menjengak Lelah yang halus mengasak Tanpa sedar mengatur corak Tanpa duga hancur membiak Perlahan lahan ia berakar Tegar tular rakus menjalar Gerak geri seakan tersekat Rongga nadi kelam tersiat Meski rambut mu kian berguguran Tubuh lemah menanggung kesakitan Tetap gagah menentang segala cengkaman Meski beribu tangisan yang kau sembunyikan Pahit sengsara derita yang terpaksa kau telan Tetap sebuah senyuman yang kau pamerkan Sungguh kau insan hebat yang diuji tuhan Tetaplah berdiri dengan segunung harapan Andai terasa mahu rebah berjuang Yakinlah masih ada ruang dan peluang Semoga terus kuat jalani takdir Percayalah seksa ini akan berakhir
Bersama angin aku tiupkan Pelukan dingin jadi sapaan Bersama awan aku gumpalkan Tusukan kalbu yang tidak lagi tertahan Hembusan sayu mengimbau kenangan Bisikan bayu menjadi lambaian Kuntuman memori memberi senyuman Guguran daun meratapi pemergian Kau yang sudah lama tersemat Jauh dilubuk yang terhormat Nama mu tetap jelas terpahat Dalam iringan doa rahmat Biar jiwa meronta digilis Biar raga derita dihiris Selagi kudrat masih tersisa Perjuangan ini takkan ku cela Kau yang pernah hadir Menyelubungi setiap pepasir Membuatku sukar untuk mengusir Rasa yang takkan pernah berakhir Terima kasih tuhan yang menciptakan Kau datangkan dia sebagai pinjaman Buat mu yang ku rindu selamanya Semoga kita dipertemukan semula
Comments
Post a Comment